Photojournalism,  Travel

Berbuka Puasa di Dataran Merdeka Kuala Lumpur | Iftar at Kuala Lumpur 2015

© 2015 Wazari Wazir | Iftar@KL2015 | Iftar at Kuala Lumpur | Berbuka Puasa Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Sesekali berbuka puasa beramai-ramai di tempat terbuka sebegini sememangnya menyeronokkan, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kepada peminat fotografi juga boleh merakam sebahagian peristiwa menarik yang berlangsung di bulan Ramadan khususnya di Kuala Lumpur.

Ini adalah tahun keempat Festival Ramadan ini berlangsung di Kuala Lumpur, program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dahulunya program ini dikenali sebagai “Jom Buka Puasa.” Kini program ini diberi nama IFTAR@KL2015.

Program berbuka puasa di Dataran Merdeka ini berlangsung pada 20, 21, 27 dan 28 Jun sehingga 4, 5, 11 dan 12 Julai ini (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad). Orang ramai dijemput hadir, selain makanan dan minuman yang disediakan orang ramai juga dialu-alukan untuk membawa bekalan makanan atau juadah masing-masing yang mungkin boleh dikongsikan dengan tetamu yang hadir untuk mempelbagaikan juadah yang sedia ada.

Program ini bukan hanya terbuka kepada orang Islam sahaja, sesiapa sahaja yang berkelapangan boleh turut serta, terdapat ramai warga asing termasuk pelancong yang turut memeriahkan suasana, ada baiknya kita datang awal untuk mendapatkan tempat di kawasan yang disediakan, kalau sudah agak penuh, boleh sahaja kita berbuka puasa di padang di Dataran Merdeka tersebut. Seawal jam 6 petang lagi orang ramai sudah boleh mengambil tempat masing-masing.

Berbuka puasa di dalam rumah bersama keluarga tercinta sememangnya baik dan lebih selesa tetapi sekali sekala berbuka di tempat terbuka sebegini mungkin dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, mungkin kita boleh mendapat kawan baharu ataupun kita boleh ajak kawan-kawan kita satu keluarga berbuka di sini, sama-sama menikmati juadah yang sama sambil bertukar-tukar cerita mengeratkan hubungan sesama kita, insyaAllah.

Ruang untuk solat ada disediakan di sini, tetapi sekiranya kita inginkan sedikit keselesaan bersolat, boleh sahaja kita ke Masjid Jamek yang tidak jauh dari sini atau terus sahaja ke Masjid Negara.

Artikel Berkaitan : Ramadan Di Kuala Lumpur, 2014

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.