Adventure,  Travel

Kembara | Trans-Siberian Railway | Cara-Cara Membeli Tiket Secara Online

© 2015 | Russian Railways | RZD

Langkah Pertama : Bukak Laman web ni RZD , http://eng.rzd.ru RZD ni kira macam laman Web KTM untuk kita beli tiket secara online, ini bukan agensi yang menyediakan perkhidmatan beli tiket keretapi Russia tapi ini adalah laman web Russian Railway itu sendiri, laman web rasmi mereka, sekiranya kita beli melalui agensi atau travel agent, harganya akan jauh lebih tinggi lagi, mungkin kena bayar tambahan RM100-200. Lepas dapat paparan muka seperti ini, langkah seterusnya Klik pada “Passengers”

© 2015 Russsian Railway | RZD

Langkah Kedua : Selepas itu anda akan dapat paparan muka seperti di atas, kemudian Klik pada “Buy Ticket Online”

© 2015 Russian Railway | RZD

Langkah Ketiga : Anda akan dapat paparan seperti di atas ni, sebelum terlupa semasa anda berada di sini, adalah digalakkan untuk anda register, untuk memudahkan urusan pembelian, sama macam kita nak beli tiket AirAsia atau MAS, masukkan detail peribadi kita. Ruangan Registration tu ada di penjuru kanan (Tak Kelihatan Di Sini). Kalau sekadar ingin melihat harga tiket, mungkin tak perlu registration untuk masa ini.

Untuk pengetahun booking tiket melaui RZD secara online ini hanya boleh dibuat dalam tempoh 45 hari sebelum perjalanan kita dengan keretapi mereka.

Sekiranya kita nak beli tiket untuk perjalanan enam bulan atau dua belas bulan akan datang memang tidak boleh, tetapi untuk sekdar memeriksa harga tiket, untuk mengira jumlah perbelanjaan, boleh saja kita cuba masukkan tarikh esok lusa atau minggu depan, seperti yang saya buat ini. So masukkan nama destinasi di mana bermula dan di mana kita nak turun. Dapat satu tiket sambung lagi untuk pembelian tiket lain, kalau sepuluh kali kita berhenti dan bermalam, maka kita ada sepuluh buah tiket.

Contoh kita nak beli tiket dari Saint Petersburg ke Moscow, ok, beli satu tiket, lepas dua malam di Moscow kita ingin meneruskan perjalanan ke Kazan ataupun terus ke Irkutsk, ok, beli lagi satu tiket. Begitulah seterusnya.

Untuk contoh diatas kita perhatikan ada banyak pilihan jenis keretapi dengan harga yang berbeza untuk destinasi dari Moscow ke Irkutsk yang mengambil masa lebih kurang 74 hingga 87 jam perjalanan dalam keretapi.

“Reserved Seat” itu adalah 3rd Class, bukan bermakna anda hanya akan duduk dikerusi selama 74 atau 87 jam, ada katil jugak, sleeping berth, jangan risau.

*TIPS dari saya, selain kita tengok harga tiket, elok juga kita tengok pukul berapa train itu bergerak dan pukul berapa pula train tersebut tiba ke destinasi, kalau awal subuh, susah jugak kan? Biasanya kita hanya boleh masuk hotel antara jam 12pm ataupun 2pm. Kalau awal sangat sampai, kita pun dah letih, nak masuk hotel tak boleh lagi.

Lagi satu untuk pengetahuan semua, masa yang ditunjukkan di atas, adalah mengikut waktu di Moscow bukan di destinasi yang anda akan turun, contoh dalam tiket tersebut, Train No 004, bertolak di Moscow pada jam 23:45pm atau 11:45pm malam dan tiba di Irkutsk pada jam 02:28am. Pukul 02:28am tersebut adalah waktu di Moscow bukan di Irkutsk, beza antara Moscow dan Irkutsk ialah 5 jam, Russia adalah sebuah negara besar. Kalau saya tidak silap Russia ada 9 time Zone, so, bila kita naik keretapi ada masanya kita akan merentas time zone yang berbeza.

Berbalik kepada Irkutsk, Moscow dan Irkutsk ada beza 5 jam, maksudnya waktu di Irkutsk lebih awal atau cepat dari Moscow, sekiranya jam di tiket menunjukkan pukul 02:28am (waktu Moscow) waktu tiba di Irkutsk, kita tambah lagi 5 jam menjadi pukul 07:28am, waktu di Irkutsk ialah jam 07:28am, kalau kita travel time summer, waktu ni dah terang, kalau time winter masih gelap lagi, mentari naik sekitar jam 09:30am atau 10:00am waktu winter di Irkutsk.

Setelah kita fikir faktor perbezaan masa, kita pilih harga tiket yang agak murah dan sesuai dengan kita. “Compartment” tu 2nd class, dia mahal sikit, kira kita dapat satu bilik bertutup dengan empat katil (kita dapat satu katil sahaja kalau beli satu katil, bukan dapat empat katil, kita akan sebilik dengan tiga orang lain). Kalau 3rd class “Reserved Seat” Open, kita nampak semua orang, satu gerabak lebih kurang 54 orang kalau gerabak penuh.

© 2015 Russian Railway | RZD

Langkah Keempat : Saya klik train No 002M, dan Klik pada Continue akan dapat gambaran seperti diatas ni. Upper tu katil atas, Lower Lateral tu Katil Bawah dan angka yang terpapar ialah jumlah kerusi yang masih ada, “availble”. Selepas puas hati, kita Klik pada “Car Plan” untuk memilih seat atau tempat duduk yang dikehendaki.

© 2015 Russian Railway | RZD

Langkah Kelima : Sekadar maklumat, angka ganjil seperti 1,3,5 adalah untuk katil sebelah bawah, manakala angka genap 2,4,26,28 adalah untuk katil bahagian bawah. Kalau kita perhatikan dalam gambar diatas, yang berwarna GREY itu adalah katil yang telah dibeli oleh orang, nampak tak, katil sebelah bawah menjadi pilihan utama, saya pun akan cadangkan kepada anda untuk memilih katil sebelah bawah.

Masih ada lagi kekosongan katil sebelah bawah tetapi bahagian tepi atau side yang bernombor 54 hingga 37 (Satu Row) sama juga, no ganjil sebelah bawah, no genap sebelah atas. Actually seat sebelah tepi ni kurang mendapat sambutan. Sebabnya, nantilah saya cerita kemudian.

TIPS : Untuk Katil bernombor 1,2,3,4 atau 54,53 ianya berdekatan dengan bilik kecil Train Attendant atau Provonitsa, di mana berhadapan dengan bilik Train Attendant tersebuat ada “Samovar” tempat kita mengambil sumber air panas, jadi ni kira macam Hot Seat, kalau kita nak buat air kopi, tea atau nak buat mee segera, bagus tempat ni, dekat dengan kita.

Manakala katil bahagian hujung 34,35,36 atau 37,38 berdekatan dengan toilet, kepada yang suka merokok, mereka suka tempat ini kerana mudah untuk mereka bergerak ke hujung tandas, di mana ruang antara dua gerabak (ruang yang menyambung dua gerabak) menjadi “port” untuk lepak merokok. Antara katil 35,36 dan tandas tersebut ada pintu kaca, so tiadalah berbau sangat dan di luar pintu tandas tersebut ada Plug Point, mudah untuk kita kalau nak charge apa-apa barangan elektronik seperti Power Bank atau Bateri Kamrera kita. So, take note about that.

Selepas kita pilih seat, boleh terus continue untuk urusan pembayaran, masa saya beli tiket keretapi Trans-Siberian ni saya menggunakan Kad Kredit Maybank, syukur Alhamdulillah lepas. Bila pembayaran dah lepas kita akan dapat tiket elektronok yang kita boleh print sendiri dan gunakan tiket tersebut untuk naik keretapi, kira tiket tu dah macam “Boarding Pass” untuk kita naik kapal terbang.

© 2015 Russian Railway | RZD | Online Train Ticket

Di atas ni, saya kongsikan bagaimana rupa tiket online tersebut, kita boleh print tiket ni dan sah untuk digunakan di Russia nanti, saya memang bawak tiket ni print siap-siap di Malaysia, saya buat multiple copy/print.

Dalam tiket tersebut ada detail masa perjalanan, waktu sampai, stesen di mana keretapi berlepas dan tiba di stesen mana. Tiket tersebut perjalanan saya dari Saint Petersburg ke Moscow menggunakan Train 001AA Red Arrow, Coach atau Gerabak No 1 (Ada tertulis tepi tingakap gerabak), seat atau tempat duduk/tidur  No 29, katil sebelah bawah.

Tentang harga tu, you all pandai-pandailah convert dari Russian Rouble ke Ringgit Malaysia atau RM. Train Red Arrow ni saya pilih 2nd class, agak mahal sikit berbanding 3rd class train, sajer nak merasa orang kata. “Krasnaya Strela” 001  ni atau Red Arrow ialah train classic dan highly recommended kalau anda ingin ke Moscow dari Saint Petersburg  atau dari Saint Petersburg ke Moscow, 8 jam perjalanan sahaja. Ada juga train yang laju, fast train Moscow – Saint Pete, SAPSAN namanya, separuh masa  perjalanan jimat, dan lebih mahal.

*Buat masa ini, cukuplah saya kongsikan sedikit cara pembelian tiket secara online ini, tentang kisah saya menaiki train laluan Trans-Siberian Railway tu, nanti pelan-pelan saya cerita, maklumlah penat tak hilang lagi setelah melakukan perjalanan lebih 8000KM dengan keretapi bermula dari Saint Petersburg Russia ke Beijing China, insyaAllah nanti saya sambung, doakan saya diberikan kesihatan yang baik untuk terus menulis untuk manfaat kita bersama mengembara di Bumi Allah, insyaAllah…

*Artikel Berkaitan : Kembara TRANS-SIBERIAN RAILWAY | Berapakah Jumlah Hari Atau Masa DiPerlukan Untuk Trip Ini

HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.