Adventure,  Art,  Family,  Travel

Photography | Hargailah Karya Foto Anda | Hasilkan Coffee Table Book Peribadi

Family Photography | Blurb Book

© 2014 Wazari Wazir | Blurb Coffee Table Book | 13 x 11 Inch (33 x 28 cm) | Image Wrap Hard Cover | 100 Pages

Sebelum anda komen tentang cover buku ni, biarlah saya komen dulu, ini Buku Saya, bukan buku anda dan bukan buku untuk dijual, suka hati sayalah kan nak letak gambar apa pun kat depan tu. Kalau anda nak kritik berbakul pun, tiada faedahnya pada anda dan saya.

Sebenarnya saya nak cepat dan tiada banyak masa nak betul-betul pilih gambar cover yang sesuai. Memang ada banyak lagi gambar-gambar pemandangan di Bali yang saya rakam yang cukup sesuai untuk dijadikan cover coffee table ni, tetapi harus diingat, buku ni bukan pasal Bali tetapi tentang kenangan kami sekeluarga di Bali, jadi bagi saya amatlah sesuai kalau saya letak gambar keluarga di depan. Ada lagi gambar-gambar lain yang menarik tetapi “saya” tukang gambar ni tiada dalam gambar tu. Saya pun nak masuk “Front Page” jugak, biar satu family ada dalam tu.

Gambar atas tu di rakam oleh supir kami Pak Badung sewaktu di sawah padi bertingkat Tegalalng di Ubud. Sebab apa saya kata nak cepat, kalau saya terlalu teliti, inginkan kesempurnaan, rasanya tahun depan pun mungkin tak siap buku ni, sebabnya hari-hari mendatang mungkin saya busy, bila dah busy mungkin dah kurang masa nak buat buku ni, so, saya buat terus. Lebih baik ada daripada tiada. Setuju atau tidak, itu bukan masalah saya.

covershoot

© 2013 Wazari Wazir | Istanbul Coffee Table Book | Made By Blurb | 10 x 8 Inch | 234 Pages

       “Photo-albums have been described as the “attic” of people’s hearts, and their family photos are often the thing mentioned as most missed by those who have lost their possessions to fire.

Thus, even though family albums are not artefacts of objectivity, and the story constructed inside their pages will always be a selectively-told one, they are nevertheless commonly viewed as true recordings of a family’s collective identity, as well as talismans holding and protecting it from future harm from fading memories.”

– Judy Weiser, R.Psych –

Yang dalam gambar atas ni pulak buku coffee table Istanbul, saya buat tahun lepas , cover dia pun saya pilih gambar satu family, kalau nak ikutkan banyak lagi gambar pemandangan di Istanbul yang saya rakam. Memandangkan ini buku kenangan keluarga, saya pilih gambar keluarga untuk cover. InsyaAllah saya ada hajat nak buat sebuah buku ISTANBUL, yang tu saya akan pilih cover lain pulak dan insyaAllah mungkin saya akan jual buku tu bila siap nanti, doakan saya agar ada tenaga, masa dan kewangan untuk menyiapkannya.

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Book Blurb

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Blurb Book

Family Photography | Blurb Book

© 2014 Wazari Wazir | Bali Family Trip Coffee Table Book | 13 x 11 Inch

Buku Coffee Table Book Istanbul yang saya buat tahun lepas menggunakan perisian Adobe Lightroom, upload terus gambar ke dalam server BLURB. Buku percutian kami satu keluarga di Bali yang terbaru ni saya buat guna perisian BLURB BookSmart . Boleh download secara percuma perisian tu dari laman web Blurb, boleh install dalam komputer Windows (PC) atau Mac.

Cara saya guna BookSmart tu, saya tarik set gambar-gambar di Bali dari dalam akaun Flickr saya. Memang ada option dalam BookSmart tu untuk dapatkan gambar-gambar dari set album di Flickr. So saya masukkan semua gambar saya nak print tu dalam Flickr, buat satu Set Album gambar-gambar di Bali tu dan kemudian saya download semua gambar-gambar dalam set album Bali di Flickr tu ke dalam BookSmart. Anda kena download dulu perisian BookSmart tu kalau nak faham apa yang saya tulis di sini.

Bila dah download gambar-gambar tu ke dalam BookSmart, proses seterusnya tak susah dah, anda hanya perlu “Drag and Drop” sahaja, template atau layout untuk susun letak gambar dah tersedia. Boleh pilih nak satu muka surat sepuluh gambar, dua gambar, banyak pilihan lagi. Cuma layout yang terlalu creative, senget sana senget sini atau yang fancy memang tiada. Saya pilih satu page satu gambar, cukuplah, gambar besar satu page, puas hati tengok. Kalau anda nak letak satu page lima keping, atau sepuluh keping gambar, itu hak anda, buku anda, duit anda.

Blurb Paper Choice

© 2014 Blurb | Paper Choice

Sebelum anda buat buku ni anda kena faham apa itu “Coffee Table” book. Coffee Table Book kebiasaanya buku bersaiz besar yang biasa orang letak di ruang tamu rumah terutamanya di atas meja minum kopi, teh ke atau air sirap. Jarang orang letak buku novel atau buku cerita yang tebal-tebal atas meja ruang tamu, sebabnya kalau tetamu datang, mana mungkin nak habiskan baca buku novel yang beratus muka surat tu dalam masa sejam dua kan? So Coffee Table boook ni walaupun ada beratus muka surat, kebanyakannya hanyalah dihiasi gambar-gambar yang besar atau ilustrasi, lukisan ke, maksudnya Coffee Table yang sesuai diletak atas meja yang boleh dilihat dalam masa lima belas minit atau setengah jam sahaja oleh tetamu. Kalu ada teks tulisan pun mungkin caption atau keterangan tentang gambar dalam muka surat buku tersebut.

Tentang pilihan paper ada pelbagai, kalau nak yang tebal dan berkualiti, kena bayar lebih sedikit, kalau nak yang biasa kita lihat di kedai buku tu, harganya sederhana. Kalau you pernah beli atau tengok buku-buku Hard Cover National Geographic di kedai-kedai buku, lebih kurang macam itulah kualiti buku ni, ingat, gambar anda bukan dicetak di atas kertas photo tapi kertas untuk buat buku. Janganlah pula anda harap gambar dalam buku tu macam gambar yang terhasil sebagaimana gambar yang anda dapat di kedai gambar.

Tetapi sekiranya kita pilih kertas PRO Grade, hasilnya lebih baik daripada kualiti Coffee Table Book yang ada dijual di kedai buku, lebih tebal, warna yang lebih menarik dan juga lebih detail, halus cetakannya hampir menyamai hasil cetakan di atas kertas photo di kedai gambar.

Istanbul | Blurb | Coffee Table Book

© 2013 Wazari Wazir | Istanbul Family Book | Made By Blurb

Untuk buku Istanbul yang saya buat tahun lepas, saya gunakan kertas ProLine  Uncoated, kertas dia agak tebal daripada Coffee Table Book yang kita boleh beli di kedai gambar, Uncoated Paper ni dia macam matt paper, permukaan agak kasar. Sesuai untuk art print tetapi kurang sesuai untuk Black and White, sebabnya dia tidak akan hasilkan solid atau rich deep black. Nampak macam grey atau light black and white.

Buku trip ke Bali yang terbaru ni saya buat guna ProLine Pearl Photo Paper, yang terbaik dalam kelasnya, hampir-hampir menyamai hasil cetakan di atas kertas gambar photo. Ketebalan ProLine Pearl Photo Paper tu ialah 190 GSM. Yang nampak 148 GSM seperti dalam gambar atas tu ialah Premium Matte paper. Untuk Buku Istanbul tu ProLine Uncoated 148 GSM. Untuk koleksi peribadi bagi saya pilihlah yang terbaik tetapi kalau kita bercadang nak jual buku yang kita buat, mungkin untuk projek-projek photography tertentu, nak buat untuk persatuan photography ke, atau apa-apa sahaja kegiatan bergambar untuk dijual, pilihlah kualiti paper yang sederhana, sebabnya harga dia tidaklah mahal sangat. Actually lagi banyak jumlah buku yang anda beli untuk satu tajuk, lagi murah harganya.

Blurb Book Price

© 2014 BLURB | Blurb Book Pricing

Ada yang bertanya tentang harga, anda boleh semak sendiri berapa harga buku tersebut dengan merujuk kepada BLURB Book Pricing . Anda boleh pilih saiz apa nak buat, kertas jenis apa, kulit tebal atau nipis dan berapa jumlah muka surat. Harganya akan terpampang di sana dalam USD, cuma kos posting yang kita tak nampak dalam tu. Ada tiga jenis shipping kalau tak silap saya, jadi kalau you nak kos shipping yang agak murah, pilihlah yang biasa, atau yang lambat sampai.

Kita kena ingat, buku yang saya buat dengan Blurb ni di cetak di San Francisco USA, Jadi kos posting dari USA memang agak tinggi. Dari USA dia akan hantar guna FedEx ke Guangzhou di China, dan dari Guangzhou  dia akan hantar ke KLIA Sepang, dari Sepang dia hantar ke Shah Alam dan baru sampai ke rumah saya oleh FedEx. Info ni saya dapat melaui tracking dari FedEx.

iPhoto Book

iPhoto Book

© 2014 Wazari Wazir | iPhoto Book Maker | Sample

Selain Blurb, ada banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan buat buku ni, antara yang paling popular di Malaysia ni ialah PhotoBook , cuma jangan tanya saya tentang perbezaan atara keduanya pasal saya belum pernah cuba Photobook ni. Kepada pengguna komputer Apple pun boleh juga buat buku dengan iPhoto cuma buat masa ni setahu saya, Apple tak ship buku tu ke Malaysia, saya tak sempat nak tengok term dia lagi, kepada yang ada Mac boleh tengok, iPhoto ni memang datang sekali dengan komputer Mac.

Kalaupun kita tak boleh buat buku dengan iPhoto pasal dia tak ship ke Malaysia mungkin kita boleh dapatkan idea dari segi susunan gambar, ada “AutoFlow” maksudnya semua gambar-gambar kita akan masuk sendiri dalam ruangan yang disediakan, boleh ejas sana sini ikut kehendak kita. Bila kita nampak layout buku kita depan komputer baru kita rasa, memang cantik kalau gambar-gambar kita dibukukan.

Blurb_Bookstore

© 2014 BLURB | Sell Book Through Blurb

Last but not least, seperti mana yang saya dah tulis sebelumnya, andaikata kita nak buat buku untuk dijual, contoh buku tetnag Travel dan berhasrat nak jual, bila dah siap buku tu ada pilihan sama ada kita nak “Published” buku tu untuk jualan atau tidak, kalau kita nak jual, nanti orang yang singgah di Blurb boleh nampak buku kita dan mereka boleh beli dari Blurb, semua mereka bayar, kita cuma tentukan harga kita. Contoh kos harga buku kita di Blurb tu USD70, kita letaklah USD80 atau USD 90, harga keuntungan selepas harga yang Blurb tetappkan tu ialah keuntungan kita. Contoh macam nilah, harga Blurb kenakaan RM100, kita letak harga RM150, RM50 tu kita punya. Kebanyakan buku yang dijual melaui Blurb kurang 200 Pages dan size kecil, dan juga menggunakan kertas yang sederhana kualiti, sebabnya kalau size besar, kertas ProLine, harga mahal, susah nak jual.

Kalau kita ada projek photo, sama ada dokumentari ke apa ke dan nak jual atau bagi proposal pada pihak-pihak tertentu, boleh buat satu mockup book, sample, kualiti biasa-biasa sahaja, tunjukkan pada mereka yang berkenaan, bila berkenan barulah print yang berkualiti dan tentang ususan business tu nanti you pandai-pandailah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah untuk membuka sedikit minda kita, untuk memberi sedikit idea tentang apa yang kita boleh buat dengan gambar-gambar kita selain di muatnaik ke laman social sperti facebook, twitter dan photo sharing seperti Flickr, 500 px dan macam-macam lagi.

Kita kena ingat semakin banyak gambar kita rakam dan semakin banyak jumlah hard disk dalam simpanan di rumah kita, kita pun akan malas nak godek-godek hard disk yang lama-lama tu. Bila teringat kenangan gambar masa muda remaja, mulalah kita terkial-kial balik cari di mana gambar tu di simpan, dalam hard disk yang mana satu. Yang lebih mendukacitakan lagi bila kita nak bukak hard disk tu, dia rosak, kong, haaaa baru padan muka.

Penat bergambar ala model of the year waktu muda remaja, nak cari balik gambar tu tak jumpa, yang simpan dalam facebook pun size bukan besar sangat. Kalau satu hari nanti Facebook kenakan bayaran kalau kita nak download balik gambar-gambar kita macam mana? Kalau Facebook gulung tikar macam mana? KODAK yang besar dulu pun Lingkup, Nokia pun entah mana pi kena telan dengan Microsoft. Konica pun dah jadi sejarah.

So sebelum jadi apa-apa terhadap gambar-gambar kita, buatlah sesuatu, tak nak buat buku pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda print gambar terbaik anda, 4R pun ok. Hargailah gambar anda, jangan harap Flickr, 500 Px, Facebook untuk jaga gambar-gambar anda hingga hujung nyawa. Kalau anda sendiri sebagai jurufoto tidak pandai menghargai karya sendiri, jangan harap orang lain menghargainya.

Kenapa saya buat Coffee Table Book untuk family?  Kenapa tak buat buku travel dulu?  Kerana tiada perkara yang lebih penting atau diutamakan dalam dunia ini selain keluarga kita sendiri. Buku travel tu, insyaAllah, kemudianlah saya buat.

Saya nak akhiri post saya ni dengan quote dari Robin William dalam Filem “One Hour Photo Movie” (2002) :

“If these picture have anything important to say to future generations, it’s this, I was here, existed. I was young, I was happy, and someone cared enough about me in this world to take my picture”

– Robin Williams –

*Artikel Berkaitan : Buat Buku BLURB Dengan Lightroom

*One More Thing, if you think my blog is quite good, maybe you can vote my blog for : DiGi WWWOW Awards

 

HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

  • Enny Nursuliza

    Baru sempat nak belek web Abg Wazari. Lately ni, Enny ada sedikit rajin buat mini photobook for my ownself..pic2 masa bertunang, masa pergi exhibition.. but using Pixajoy. Menarik jugak.
    Then Hasif shared this Blurb, rupanya suggested by Abg Wazari. hehe~
    Akan try jugak this apps for coming projects. ;D

  • zulhairi

    tkasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat..saya suka membaca coretan dan gambar2 tuan dlm blog ini..sgt menarik dan penuh informasi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.