Family

Tips Membeli Kamera DSLR

Nepal Himalaya | Sarangkot | Fishtail | Annapurna Range

© 2012 Ahmad Shukri | Sarangkot Nepal During Sunrise

HaiQal | Pos Malaysia

© 2012 Wazari Wazir | Mother and Son | Nikon D200 | ISO 200 | 50mm

My Son BIG Picture on The Wall | Pos Malaysia | Jinjang Kuala Lumpur

HaiQal on The Wall :-)

©  2012 Wazari Wazir | HaiQal Portrait at Jinjang Post Office

Mother and Son

© 2012 Wazari Wazir | My Family at Sekinchan Selangor Paddy Field | Taken With Nikon D200

Kebelakangan ini semakin ramai orang menjadikan fotografi sebagai hobi di masa lapang, ada yang menjadikan hobinya secara serius dan ada juga secara santai dan zaman sekarang ni terutamanya di mereka yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur memiliki kamera, paling tidak pun kamera yang sedia ada pada telefon mereka.

Kebanyakan orang mengambil gambar atas pelbagai tujuan dan pada masa ini salah satu tujuan utama ialah untuk berkongsi serba sedikit kisah hidup mereka secara visual di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga blog, bukan perkara yang menghairankan sekiranya kita jumpa orang yang hendak makan di restoran akan mengambil gambar makanan mereka terlebih dahulu dan diposkan gambar tersebut ke laman sosial sebelum sebelum makanan tersebut di hadam, hatta gambar anak kita yang sakit di hospital ataupun gambar sayur-sayuran di pasar pun kita kongsikan di facebook kita.

Maksud saya ramai orang suka berkongsi secebis kisah hidup  mereka dengan orang ramai melalui gambar dan pada kebanyakan masa gambar-gambar tersebut di rakam hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja, kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja.

Untuk gambar yang lebih baik dari lensa kamera telefon pintar, ramai yang akan beralih ke kamera kompak dan kepada yang lebih serius sudah tentu kamera DSLR akan jadi pilihan tetapi kita juga harus ingat ada juga kamera yang kelihatan “compact” tetapi harganya jauh lebih mahal dari kamera entry level DSLR, bergantung pada jenama dan model kamera tersebut.

Apa yang ingin saya tulis di sini ialah mengenai kamera DSLR, kepada yang rajin mencari maklumat di internet, topik tips membeli kamera ini dah terlalu banyak orang tulis, saya sendiri pun dah beberapa kali menulis topik yang sama cuma kali ini saya ingin menulis secara santai, tidak terlalu terperinci, lebih kepada “common sense”, kehendak atau keperluan kita.

Generasi sekarang ini amat beruntung kerana kebanyakan kamera entry level yang ada pada hari ini adalah jauh lebih baik lagi daripada kamera DSLR Profesional yang wujud pada satu ketika dulu yang harganya lebih RM10K, kini kebanyakan kamera entry level DSLR bermula dari serendah RM2000 hingga RM3000 dan mungkin ada yang lebih murah dari itu bergantung pada model dan jenis lensa yang datang sekali dengan model kamera tersebut.

Untuk permulaan tak perlulah saya jawab jenama mana yang lebih baik, adakah Nikon ataupun Canon, saya telah menggunakan kedua-dua jenama tersebut dan ada juga yang bertanya apa pula pandangan saya tentang jenama lain seperti Sony, Samsung, Olympus, Leica dan lain-lain lagi.

Seperti yang saya katakan tadi, artikel ini tidak ditulis secara terperinci, kerana sebelum ini saya telah menulis topik yang sama dengan lebih mendalam, cuma apa yang ingin saya katakan ialah, pertama sekali pilih model kamera mana yang berkenan di hati (entry level camera), kemudian cuba pegang kamera tersebut, tengok apakah ianya selesa di tangan anda, lagi bagus lagi sekiranya anda ada beberapa orang kawan yang meminati bidang ini, boleh mintak pinjam sekejap kamera mereka, tengok macam mana, selesa atau tidak di tangan kita.

Jangan kita buang masa bandingkan jenama mana yang bagus ataupun membandingkan kelebihan dan kekurangan antara brand A dan B walaupun harganya hampir sama, ya, memang tidak dapat dinafikan memang ada perbezaan tetapi perbezaan tersebut bukanlah ibarat langit dan bumi tetapi hanyalah perbezaan kecil sahaja terutamanya antara lain dari segi warna, memang ada sedikit perbezaan antara warna yang keluar dari kamera Canon dan juga Nikon tetapi harus diingat kita boleh ejas atau “customise”  output warna tersebut pada badan kamera kita ataupun kita boleh ejas semasa proses editing. Selain dari itu ada juga perbezaan dari segi kepantasan Autofocus sesetengah jenama kamera dalam lingkungan harga yang sama.

Rasanya tidak perlu saya senaraikan atau bandingkan model kamera tertentu untuk dibuat perbandingan kerana ianya akan menjadi lapuk setahun dua lagi kerana hampir setiap tahun kamera model baru akan keluar, cukuplah kalau saya katakan model entry level DSLR terbaru yang berharga dalam lingkingan RM2500 hinga RM3000 yang memiliki lebih dari 10 Megapixel adalah sudah cukup baik untuk fotografi secara umum.

Untuk pengetahuan gambar dinding HaiQal di Pejabat Pos Besar Jinjang di atas di rakam hanya dengan menggunakan Kamera Nikon D200 yang hanya memiliki 10.2 Megapixel dan kamera D200 tersebut bukanlah kamera bingkai penuh atau Full Frame dan gambar tersebut telah pun di”crop” dari gambar asal. Kualiti pada gambar di dinding pejabat pos tersebut hampir sama dengan kualiti gambar iklan pada dinding-dinding di pusat membeli belah.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, tidak perlu lagi kita nak fikirkan tentang Megapixel kerana kebanyakan entry level DSLR pada hari ini memiliki lebih dari 15 Megapixel dan ada juga entry level DSLR yang memiliki lebih 20 Megapixel dan kalau kita nak print gambar keluarga kita sebesar poster, kamera 10 Megapixel dah lebih dari cukup, sebesar dinding pun boleh walaupun kamera kita bukannya “Full Frame”.

Kadang-kadang kita membeli kamera lebih kepada kehendak dari keperluan, jadi dari pengalaman saya sekiranya kita baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini, baru nak mula belajar fotografi, maka bagi saya eloklah kita beli kamera entry level sahaja walaupun kita berkemampuan untuk beli kamera professional, salah satu sebabnya ialah untuk belajar fotografi akan ambil masa agak lama, mungkin setahun dua atau lebih dan itupun bergantung pada berapa cepatnya kita belajar dan berapa kerap kita keluar mengambil gambar.

Bagi saya baik kita laburkan sejumlah wang yang sedikit untuk proses belajar dengan membeli kamera yang tidak terlalu mahal dan kemudian bila kita dah mahir barulah kita berhijrah kepada kamera yang lebih mahal, jadi kita akan memaksimakan penggunaan kamera professional tersebut.

Tak perlu lagi kita tanya model kamera mana atau jenama kamera mana yang bagus kerana bagi saya mana-mana kamera entry level DSLR yang berharga antara RM2500 hingga RM3000 dah cukup bagus untuk mengambil gambar secara umum, cuma kita kena realistik dengan tidak membandingkan kamera berharga RM3K dengan kamera professional yang berharga RM10K dan keatas, ianya direkacipta untuk tujuan yang berbeza.

Kalau kita perhatikan kebanyakan kamera entry level DSLR, bodynya bukanlah sehebat atau sekukuh kamera Pro, ini kerana kamera Pro ataupun Pro Body yang berharga lebih RM10K di cipta untuk kegunaan yang lasak, untuk kegunaan hampir setiap hari kerana kebanyakan professional yang menjadikan photography sebagai kerjaya ataupun perniagaan, mereka menggunakan kamera mereka setiap hari, ada masanya dari pagi sampai ke malam dan jarang sekali kamera mereka di simpan dalam peti simpanan kamera untuk tempoh yang lama.

Berbeza pula dengan mereka yang menjadikan fotografi sebagai hobi, kebiasaannya  mereka yang menjadikan fotografi sebagai hobi hanya akan keluar mengambil gambar bila ada masa free, cuti hujung minggu, semasa hari raya atapun sewaktu melancong di luar atau dalam negara. Jadi kita perlu tanya pada diri kita apakah berbaloi untuk kita laburkan sejumlah wang yang besar sekiranya kita hanya keluar mengambil gambar di hujung minggu sahaja?

Cuma sekiranya kita menggunakan kamera entry level DSLR ini, kita kena cermat kerana kamera tersebut tidak tahan lasak sesuai dengan harganya, sebagi contoh sekiranya kamera entry level kita jatuh di jalan raya sewaktu kita menunggang motosikal, rasanya kamera tersebut akan pecah di sana sini dan rosak tetapi untuk kamera DSLR Pro masih lagi ok, mungkin kemek sedikit tetapi masih lagi boleh berfungsi.

Kepada peminat fotografi mungkin pernah terbaca kisah seorang jurufoto BERNAMA yang mebuat liputan foto Le Tour de Langkawi pada satu ketika dahulu di mana kameranyanya jatuh di jalan raya sewaktu merakam aksi para peserta, tetapi kamera tersebut masih lagi berfungsi dengan baik, kalau itu terjadi pada kamera entry level yang badan kamera tersebut bukannya metal tetapi plastik, dah tentu hancur berkecai.

Kamera entry level juga tidak kalis air berbanding kamera Pro jadi kita kena berhati-hati sewaktu menggunakan kamera tersebut terutamanya sekira hari hujan, ianya agak sensitif. Kesimpulannya untuk mereka yang baru nak berkecimpung dalam bidang fotografi ni dan ingin membeli kamera DSLR yang pertama, beli sahaja yang mana berkenan di hati, kamera entry level terbaru semuanya lebih dari 15 Megapixel, jadi jangan pening kepala tentang Megapixel dan tentang “Noise”, kamera entry level sekarang ini jauh lebih baik dalam mengawal “noise” dari kamera sebelumnya. Tentang Noise tu, saudara dan saudari boleh google sendiri, nanti jadi bertambah panjang pulak nak kupas tentang “noise” tu.

Kalau boleh belilah kamera yang sama jenama dengan yang diguna pakai oleh rakan terdekat anda, sebabnya mudah, sekiranya anda ada sebarang masalah anda ada rakan terdekat untuk anda mengadu dan bonus lagi satu anda mungkin boleh kongsi atau pinjam lensa rakan anda terutamanya bila anda keluar melancong bersama mereka, kepada yang masih baru dalam bidang ini anda perlu tahu bahawa lensa Nikon tidak boleh digunakan pada lensa Canon dan begitulah sebalikya kerana “mountingnya” tidak sama, kecuali meggunakan special adapter.

Tentang Kit-Lens pula, ataupun lensa yang datang sekali dengan kamera DSLR, kalau boleh dapatkan yang dalam range 18-105mm atau 18-135mm, mungkin anda kena keluar modal lebih sedikit tapi percayalah sekiranya anda beli kamera DSLR dengan Kit-Lens 18-55mm atau 18-70mm sudah tentu dalam setahun dua anda teringin untuk membeli lensa baru dalam range 105mm dan ke atas kerana range tersebut amat sesuai untuk mengambil gambar jarak jauh ataupun “short telephoto lens”. Untuk ambil gambar potret, lensa atau focal length 80 mm – 105 mm amat sesuai untuk tujuan tersebut berbanding focal length 55 mm.

Jadi kalau ada modal lebih ataupun simpan sedikit duit lagi, dapatkan Kit-Lens 18-105 mm ataupun  18-135 mm ikut jenama kamera yang anda minati, kalau boleh jangan ambil Kit-Lens 18-55mm. Lensa 18-105mm ataupun 18-135mm amat sesuai untuk travel photography, sekiranya anda minat melancong.

Saya tidak kata lensa 18-55mm tidak bagus cuma ruang untuk anda berkarya agak terhad berbanding dengan lensa 18-105mm ataupun 18-135mm, kerana kalau kita lihat iklan di dada-dada akhbar, kebanyakan jenama kamera menyediakan dua pilihan tersebut bersama kamera DSLR mereka iaitu 18-55mm dan 18-105mm atau 18-135mm. Jadi kalau anda tanya saya, yang mana patut di pilih, jawapan saya, dapatkan 18-105mm ataupun 18-135mm.

Dan sekiranya anda masih lagi ada banyak wang, maka saya cadangkan paling tidak pun, belilah sebuah buku tentang fotografi, setting apa yang sesuai untuk digunakan pada satu-satu keadaan, tentang komposisi kreatif dan macam-macam lagi kerana antara perbezaan ketara kamera DSLR dengan kamera kompak (kamera kompak yang berharga kurang RM1K)  ialah ruang untuk kita mengubah setting kamera kita, kita boleh ubah Aperture, Shutter dan ISO pada kamera kita ikut kesesuaian  keadaan untuk dapatkan hasil terbaik.

Untuk mengetahui bagaimana kita boleh ubah kesemua setting tersebut kita perlukan ilmu, jadi laburkan sedikit wang untuk membeli buku dan kalau boleh paling tidak pun masuklah bengkel fotografi ataupun kursus fotografi walaupun hanya sekali yang banyak dianjurkan oleh mereka yang berpengalaman. Di sana anda akan jumpa rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan seterusnya boleh berkongsi pegalaman bersama.

Jadi apa tipsnya? Beli kamera dan belajar, maksud saya belajar ni kalau boleh gunakan MANUAL Mode terlebih dahulu kalau kita nak belajar tapi kalau terus nak bawak kamera tu pi bercuti keluar negara, tak sempat nak belajar, guna sahaja Mode Program atau Auto pasal nak “selamat” dan bila ada masa kalau betul-betul nak belajar, guna MANUAL Mode, fahamkan kaitan antara ISO-Shutter-Aperture (Segitiga Exposure), bila dah faham semua tu, gunalah apa sahaja setting atau MODE yang anda rasa selesa dengan cara anda.

Bagi saya, satu kerugian kalau kita beli DSLR tetapi tidak memaksimumkan penggunaannya dengan segala kelebihan yang ada berbanding kamera kompak.

*Artikel Berkaitan : Pemilihan Lensa Untuk Fotografi Kembara

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.