Adventure,  Art,  Travel

Kembara Fotografi | Istanbul Turkey

Istanbul 2012

© 2012 Wazari Wazir | Kembara Fotografi | Istanbul Turki | Turkey

Saya pernah ke Istanbul pada tahun 2009, atas urusan kerja mengikuti Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu menghadiri salah satu persidangan antarabangsa di sana. Bagi sesetengah orang mungkin beranggapan, kalau dah pernah pergi Istanbul, nak buat apa pergi lagi, pergilah tempat lain pula. Cukuplah sekali, bagi saya tidak, saya tidak puas dengan Istanbul, sewaktu mengikuti rombongan TPM, saya hanya dapat melihat sebahagian kecil sahaja Istanbul, hanya sempat sekali sahaja berjalan di atas Jambatan Galata, punya sedikit masa untuk jalan-jalan di dalam Spice Bazaar, begitu juga punya masa yang amat terhad di dalam Masjid Biru dan Muzium Aya Sofya.

Nama pun pergi kerja dan bukannya makan angin, bertitik tolak dari sana, saya memasang impian untuk ke Istanbul lagi dan syukur Alhamdulillah pada April 2012 lepas, saya datang lagi ke Istanbul bersama rakan-rakan rapat saya atas tujuan jalan-jalan sambil ambil gambar.

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak bawa keluarga, satu soalan yang sering diajukan pada saya, salah satu sebab, bajet untuk keluar bersama keluarga amat tinggi dan kebiasaanya pada masa cuti sekolah, tiket kapal terbang amatlah mahal, isteri saya seorang guru dan hanya boleh travel bila masa cuti sekolah sahaja, tetapi insyaAllah memang saya ada memasang impian untuk bawa keluarga travel bersama dan ianya memerlukan perancangan yang rapi kerana anak-anak saya masih kecil, insyaAllah very soon.

Lagi satu trip kali ini lebih kepada trip jalan-jalan ambil gambar, kurang sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil, salah satu sebabnya, ialah kami mengambil masa yang sangat lama untuk mengambil gambar, bayangkan dalam Aya Sofya sahaja kami boleh habiskan masa selama hampir lima jam, begitu juga di Muzuim Topkapi, rata-ratanya mengambil masa selama empat hingga lima jam, jadi bayangkan kalau ada anak kecil, dah tentu mereka runsing dan tak selesa kerana bukannya ada taman permainan dalam Muzium Topkapi dan Aya Sofya dan untuk anak saya yang berumur lima tahun seperti HaiQal, apa sangat yang dia faham tentang sejarah di dalam bangunan tersebut, membaca pun belum pandai lagi, dan rasanya pengalaman itu kurang bermakna untuk mereka dan mungkin tidak berbaloi untuk membawa mereka ke sana, kalau bawa ke Disneyland mungkin lebih sesuai untuk anak-anak seusia HaiQal dan Raphael.

Sewaktu di luar Masjid Biru atau Blue Mosque saya dapati banyak bas-bas pelancongan di luar yang menurunkan penumpang, biasanya mereka tidak lama di luar, kurang setengah jam bergambar berlatarbelakangkan Blue Mosque di luar, kemudian mereka masuk ke dalam Masjid Biru dan lebih kurang sejam macam tu, dah keluar balik dan meneruskan ke destinasi yang seterusnya sedangkan kami, masih lagi di luar mengambil gambar, dua tiga jam di luar Masjid Biru baru kami masuk dalam.

Itulah bezanya kalau mengembara dengan masa sendiri dan dan mengembara ikut agensi pelancongan, mengembara sendiri kita boleh jaga masa kita sendiri, kalau nak solat Subuh sampai ke Isyak dalam Masjid Biru tersebut, tiada siapa mengganggu cuma mungkin dari segi kelebihan mereka yang ikut agensi pelancongan ialah banyak tempat mereka pergi dalam masa yang singkat dan tak perlu nak pening kepala fikirkan tentang makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan ke satu-satu destinasi, semuanya di sediakan. Cara mana kita nak mengembara, terpulang pada diri masing-masing tetapi bagi pandangan saya kepada peminat fotografi, eloklah travel sendiri, buat perancangan sendiri, jadi kita boleh ambil gambar sepuasnya, tanpa terikat dengan jangka masa yang di tentukan oleh sesiapa.

Pengembaraan saya ke Istanbul dan Kashmir baru-baru ini adalah atas inisiatif sendiri, hanya berpandukan pada buku panduan Lonely Planet, sedikit panduan dari laman internet terutamanya blog pengembaraan. Saya tidak pernah menggunakan kenalan di Istanbul atau di India, tidak juga menggunakan “Fixer” sewaktu berada di sana.

Salah satu aspek penting bagi saya bila mengembara ni ialah pengurusan masa, time management, antara research yang perlu di lakukan ialah untuk mengetahui jangkamasa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kalau naik keretapi berapa lama, naik kapal terbang berapa lama dan kalau naik bas berapa lama. Di Istanbul kami menghabiskan masa lebih seminggu di sana, awalnya kami bercadang untuk ke Cappadocia, Bursa dan Konya tetapi sewaktu kami sampai di Istanbul, cuacanya tidak begitu baik, hujan sepanjang masa, jadi kami tak puas merakam gambar sekitar Istanbul, kalau nak ambil gambar Masjid Biru dan Aya Sofya dari luar kena guna payung, pendek kata, keselesaan mengambil gambar itu kurang, dua hari di Istanbul masih lagi hujan dan kami ambil kata sepakat untuk tidak ke mana-mana dan hanya berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja.

Banyak juga tempat yang sempat kami singgah di Istanbul, antara lain di Balat, antara tempat yang cukup saya minati, Eyup di mana di sana bersemadinya jasad salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub al-Ansari, kisahnya cukup menarik untuk diingati. Selain dari itu kami juga ke Fatih, Princes Island di mana kami berbasikal mengelilingi pulau tersebut, satu pengalaman yang sukar di lupakan kerana di pulau tersebut tiada kenderaan peribadi seperti kereta, hanya kuda dan basikal sahaja, kenderaan seperti kereta yang ada di sana hanya digunakan oleh pekerja sahaja, lori sampah, ambulan, polis dan bomba sebagai contoh, selain dari itu memang tiada kenderaan lain selain kereta kuda dan basikal, di pulau ini.

Selain dari itu Grand Bazaar, Spice Bazaar, Blue Mosque dan Aya Sofya, berkali-kali kami kunjungi, pasal lokasi hostel kami tidak jauh dari kawasan tersebut, kurang lima minit berjalan kaki dari hostel kami dah sampai ke perkarangan Masjid Biru atau Blue Mosque dan pergerakan kami di Istanbul hanyalah menggunakan Tram yang mana pada waktu itu hanya 2 Lira untuk ke mana-mana destinasi, maksudnya, hanya perlu bayar 2 Lira dan kita boleh berhenti di mana-mana destinasi, sampai destinasi terakhir pun hanya 2 Lira, kalau dekat, baik jalan kaki sahaja.

Kalau nak cerita memang panjang lagi, dipendekkan cerita, terutamanya kepada yang berminat untuk ke Istanbul mengembara sendiri dan bukan ikut travel agensi, sebaik keluar dari Lapangan Terbang Istanbul, cari Tram atau Metro, kalau tak jumpa, tanya orang di sana, malu bertanya sesat jalan, sebelum tu elok tukar duit Lira dalam jumpah yang kecil kerana nak beli Joten atau tiket Tram tu perlukan  wang yang kecil, tanya pada mereka yang ada di Station Tram tu, berapa Lira untuk beli Joten tu pasal ke mana sahaja destinasi yang saudara nak pergi bayarannya sama, masa kami ke sana dulu hanya Dua Lira sahaja.

Bila dah beli tiket masukkan token dalam slot tu, token atau Joten tu tak akan keluar balik, tak macam naik LRT di KL yang mana kita sentuh Token biru tu dan bila nak keluar baru kita masukkan token tersebut ke dalam slot yang disediakan, di Istanbul ni lain sikit, masukkan sahaja token tu dalm slot dan terus menghala ke tram, jangan risau pasal token tersebut kerana masa nak keluar nanti, you boleh terus keluar sebaik sampai ke destinasi, tak perlukan lagi token tersebut.

Dari Airport untuk ke Sultanahmet di mana terletaknya Masjid Biru dan Aya Sofya, anda perlu turun di stesen ZEYTINBURNU, bila sampai stesen ini, naik tram lain pula yang terletak bersebelahan, sebelum tu, you kena beli satu lagi tiket atau token dengan jumah yang sama, kalau di airport you bayar Dua Lira, di sini pun dua Lira (Khabar terbaru yang saya dengar, tiket dah naik 3 Lira).

Naik sahaja tram tersebut dan turun di stesen Sultanahmet dan bermulalah pengembaraan anda, di Sultanahment Station tu kita dan boleh nampak Blue Mosque dan Aya Sofya. Di Istanbul kami memilih untuk bermalam di Hostel CORDIAL HOUSE ISTANBUL HOTEL , lebih seminggu kami di Hostel ni, kalau saya nak bandingkan dengan hostel lain, mungkin tak adil pasal tak berpeluang nak cuba banyak hostel tapi dari pengalaman saya hostel ni dah cukup baik, breakfastnya pun enak (kalau kita ambil pakej breakfast sekali), saya booking secara online sebulan sebelum ke Istanbul dan kalau kita travel empat orang boleh dapat satu bilik empat katil, bergantung pada kekosongan.

Untuk ke CORDIAL HOUSE ISTANBUL HOTEL anda perlu turun di Stesen Tram CEMBERLITAS, bila sampai stesen ni, jalan ke depan sedikit, nampak satu pasaraya besar sebelah kanan, lepas tu ada satu lorong turun bukit sebelah kanan, turun bukit tu, you dah boleh nampak signage Hotel tersebut yang berwarna biru terletak di sebelah kiri jalan.

Dari hostel ni nak ke Blue Mosque dah tak jauh, jalan terus turun bukit tu tak sampai lima minit dah boleh nampak menara Masjid Biru dan Aya Sofya yang terletak bersebelahan.

Cordial House Hostel | Istanbul

© 2012 Wazari Wazir | Cordial House Hotel | Istanbul

Ini hanya catatan serba ringkas saya, nak tulis panjang lagi, masa saya amat terhad, harap dengan sedikit perkongsian ini akan sedikit sebanyak memberi inspirasi serta panduan kepada yang minat mengembara seperti saya.

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh gunakan ruangan komen di bawah, insyaAllah yang mana saya tahu dan boleh bantu saya akan bantu dan kepada yang bertanya tentang tone gambar monochrome di atas sana tu, gambar Blue Mosque tu, yang ada orang jalan kaki tu boleh dapatkan eBook Black and White saya melalui banner kat bawah ni, insyaAllah kita saling membantu sesama kita. Selamat mengembara…

Master BW eBook

I'm a Photographer and Travel Blogger...

3 Comments

  • rozam

    as salam..seeloknya berapa lama berada di istanbul? 5hari 4mlm? atau lebih.blh bgtau berapa agaknya kos berada di istanbul termasuk hotel,makan.. tidak termasuk harga tiket..utk seorang contoh jika berada disana seminggu?kos hotel pula cmna? 1mlm berapa lira/rm? saya teringin nak ke sana..t.kasih. harap en blh bantu..rozam

  • Hj. Ghazali b. Abd.Rahman

    Alhamdullillah dapat membaca dan memperolehi sedikit maklumat drpd sdr. Wazir. Saya amat teruja utk. membawa keluarga ( is3 dan 4 org anak , semua >17 thn.)bercuti apabila pencen nanti – duit ganjaran…hehehe.. ( dlm. tmpoh +- setahun lagi )ke Istanbul tanpa melalui agen pelancongan. Plan hanya d Istanbul shj. utk seminggu . Any suggestion @ maklumat tambahan yg dpt. membantu krn. kalau dpt nak jimat kos sikit & tak perlu yg lavish2 sekadar org. biasa aje. Terima kasih kalau dpt. membantu. Impian utk bawa keluarga setelah sekian lama bekerja & membesarkn keluarga ….pencen baru ada duit utk jln-jln sikit….

  • yahuza

    Salam tuan, Terima kasih atas perkongsian. Insya Allah mlm ni saya akan ke turki dgn membawa 3 org sahabat yg lain. info ni sedikit membantu saya semasa tiba di istanbul.
    dulu pernah saya tanya tuan pasal india, lepas tu aje terus saya ke india bermula dari kochi-delhi-kashmir-agra-chennai seorg diri. tq juga info pasal india tu.

    minat kita mungkin sama, ambil gambar,,,tp sayang x berapa pandai fotografi ni, kembara solo kegemaran saya. TQ banyak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.