Asas Fotografi | Tips Untuk Mendapatkan Bokeh
© 2008 Wazari Wazir | Playing With Bokeh | Petaling Street | Kuala Lumpur | 50mm | ISO 200 | F2 | 1/800
BOKEH, satu perkataan yang begitu asing bagi saya pada satu ketika dulu, masa zaman filem jarang saya mendengar perkataan ni. Bokeh sering menjadi sebutan di kalangan generasi baru ataupun generasi Kamera Digital sekarang ini. Bokeh sebenarnya berasal dari Negara Matahari Terbit, ianya berasal dari perkataan Jepun “Boke” yang bermakna “kabur”.
Dalam bahasa yang mudah di fahami BOKEH merujuk kepada kawasan gambar yang kabur, yang tidak jelas dalam gambar sebagaimana contoh gambar di atas di mana latarbelakang gambar tersebut tidak jelas kalau nak dibandingkan dengan wajah anak saya yang jelas kelihatan.
Untuk pengetahuan semua, gambar di atas dirakam menggunakan Lensa 50mm dan “Blur” atau Bokeh dalam gambar tersebut adalah yang asli “Original”, ianya bukan Bokeh yang dibuat-buat di dalam Photoshop. Apa yang saya edit dalam Photoshop hanyalah “cropping” dan mengubahsuai warna gambar sahaja.
Gambar di atas di rakam di Petaling Street Kuala Lumpur yang penuh sesak dengan orang ramai yang lalu lalang. Kenapa saya pilih Petaling Street, kerana ingin mencari kelainan kerana sebelum ini sudah banyak sangat gambar HaiQal yang saya rakam di perkarangan rumah saya, jadi biarlah ada kelainan sedikit. Gambar ni dirakam pada tahun 2008. Dalam gambar ni HaiQal didukung oleh isteri saya kerana HaiQal masih belum pandai berjalan, masih jalan jatuh, jalan jatuh orang kata. Kalau boleh berjalan pun, tempat yang sibuk seperti ini memang tak sesuai untuk kita biarkan anak kita berjalan bebas.
Panjang pulak saya bercerita, bila nak bagi tips ni? Harap bersabar jangan gelojoh. Senang cerita macam ni, seperti mana yang saya beritahu gambar ini di rakam dengan menggunakan Lensa 50mm yang harganya tidak semahal lensa 70-200mm f/2.8. Lensa 50mm f/1.8 yang saya gunakan ini hanya berharga RM400 termasuk dengan filter UVnya sekali. Lensa yang saya gunakan ini (gambar atas) 50mm F1.8 tetapi saya menggunakan aperture F2 untuk rakaman gambar ini.
Tips Pertama yang perlu kita tahu atau guna untuk mendapatkan Bokeh ialah dengan menggunakan Aperture atau bukaan yang besar, seperti f1.8 atau f2.8. Nak guna f4 pun boleh tetapi sebaiknya gunakanlah Aperture yang besar atau bukaan yang besar, yang biasa saya guna ialah f/2 atau f/2.8 walaupun lensa yang saya gunakan adalah f/1.8. Kalau kita gunakan bukaan f4, Bokeh yang terhasil tidaklah secantik Bokeh yang terhasil dari bukaan yang lebih besar iaitu f2 atau 2.8. Kalau kita guna Aperture kecil seperti f8 atau f22, jangan haraplah nak dapat Bokeh, biasanya untuk Potret, jarang orang guna aperture f/8 atau f/22 kecuali kita nak satu badan “Sharp” atau Tajam, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Untuk lebih senang faham lagi, beginilah, lebih besar Aperture yang kita gunakan, maka lebih kabur bahagian yang terkeluar dari kawasan yang menjadi tumpuan “Fokus” kita. Sebagai contoh dalam gambar di atas, fokus saya adalah pada anak saya, dan sekiranya semakin besar aperture yang saya gunakan, maka semakin kabur latar belakang gambar tersebut.
Tips Kedua yang perlu di beri perhatian adalah latar belakang itu sendiri, saya sengaja memilih Petaling Street dan sengaja memilih lokasi atau sudut yang mana penuh berwarna warni kerana saya boleh bayangkan hasilnya bila latar belakang tersebut dikaburkan dengan menggunakan Aperture atau bukaan lensa yang besar. Kalau diperhatikan dalam gambar di atas, saya sengaja menunggu orang yang sesuai untuk “Inter frame” dalam gambar. Maksud saya dengan “orang yang sesuai” itu ialah, saya menunggu orang yang memakai “warna pakaian yang sesuai” sebenarnya.
Bayangkan kalau orang dalam latar belakang tersebut memakai pakaian berwarna hitam, maka kurang cantik bagi saya hasilnya. Begitu juga sekiranya orang tersebut memakai pakain serba putih, dari baju hinggalah ke seluarnya berwarna putih maka, ianya akan menjadi satu gangguan ataupun boleh menghilangkan tumpuan orang kepada wajah anak saya. Jadi saya menunggu “warna” yang sesuai dan di Petaling Street ni kita tak perlu tunggu lama pasal memang ramai orang yang lalu lalang dengan pakaian yang berwarna-warni.
Tips Ketiga pula, kita kena pastikan jarak antara subjek dengan latarbelakang berada agak jauh, lagi jauh jaraknya dengan subjek, lagi bagus, lagi jauh jaraknya dengan subjek, lagi kabur latarbelakang tersebut dalam gambar sekiranya kita menggunakan Aperture atau bukaan yang besar seperti f2 yang saya gunakan untuk gambar di atas. Jarak anak saya dengan orang yang berjalan tu lebih kurang sepuluh kaki macam tu. Senang cerita, lagi jauh lagi bagus untuk dapatkan Bokeh yang lazat berkrim orang kata. Ingat, jarak subjek kita dengan latarbelakang biar jauh, lagi jauh lagi bagus.
Lagi satu, untuk hasil Bokeh yang bagus sebaiknya jarak antara Lensa Kamera kita dengan subjek biarlah dekat, lagi dekat Lensa kamera kita dengan subjek, lagi cantik Bokeh yang terhasil. Kalau kita nak ambil Potret dari bahagian kepala hingga ke paras dada sahaja, ada baiknya kita frame siap2 dalam kamera untuk dapatkan bahagian itu sahaja dan bukannya “Crop” kemudian dalam kamera. Maksudnya masa kita rakam tu, frame elok-elok.
Kalau kita ambil full body, dari hujung kepala hingga hujun kaki, Bokehnya memang kurang cantik kalau nak dibandingkan kalau kita ambil gambar separuh badan sahaja dengan jarak latar belakang dari subjek yang sama. Kalau kita ambil gambar full body dan nakkan Bokeh yang menarik, pastikan jarak latar belakang 2,3 kali ganda jauhnya dari apa yang saya nyatakan di sini.
Kalau kita biasa tengok gambar bola sepak, mungkin ada yang bertanya, “bang jarak lensa photographer dengan pemain jauh bukan dekat tetapi kenapa latar belakangnya blur habis, cantik Bokehnya”?. Jawapannya kerana jarak antara pemain bola sepak tersebut dengan latar belakangnya, atau penonton di belakangnya jauh, entah berapa puluh kaki dari pemain di padang, sebab itu latar belakangnya cantik, Bokehnya menarik.
Tips Keempat yang boleh di katakan antara yang terpenting adalah pemilihan “Shutter Speed”. Pastikan kita menggunakan Shutter Speed yang pantas atau laju, kerana sia-sia sahaja kita menggunakan Aperture atau bukaan yang besar dan jarak latar belakang yang cukup jauh dari subjek tetapi kita menggunakan kelajuan Shutter yang perlahan, sebagai contoh kita menggunakan Shutter speed 1/30 atau 1/20 atau lebih perlahan lagi. Sering saya dapat email orang bertanya, “bang kenapa bila saya guna lens 50mm, gambar saya banyak blur, tidak sharp”?
Saya rasa punca utamanya adalah mereka menggunakan kelajuan Shutter yang rendah. Kita fokus memang dah “Sharp”, dah tajam tetapi oleh kerana kelajuan Shutter yang kita gunakan tidak cukup laju maka semasa kita menekan punat Shutter Speed, ada kemungkinan besar fokus lensa pada subjek utama “lari” sedikit kerana semasa kita menekan Shutter, kamera akan “bergoyang” atau “senget” sedikit mungkin ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah menyebabkan kawasan yang pada mulanya tajam atau “sharp” menjadi kabur.
“Bahayanya” menggunakan Aperture yang Besar seperti f1.8 atau f2 ialah kalau kamera kita goyang sedikit sahaja semasa kita memetik shutter maka, ada kemungkinan kawasan yang kita fokus “Sharp” tadi menjadi kabur kerana titik fokus telah lari. Kecuali kalau kita guna tripod, tetapi jarang sangat kita ambil gambar orang di tempat terbuka seperti ini menggunakan tripod.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan kelajuan Shutter Speed yang tinggi. Kalau kita guna lens 50mm, ada baiknya gunakan kelajun Shutter 1/100 dan ke atas, lagi laju lagi bagus, tapi ini bergantung juga dengan keadaan lokasi dan lighting di kawasan tersebut. Kalau kawasan tu gelap, kurang cahaya, macam mana nak guna shutter laju kan?
Senang cerita, carilah kawasan yang terang atau naikkan ISO tetapi ada Pro dan Kontranya. Untuk gambar di atas saya menggunakan kelajuan Shutter 1/800. memang laju macam nak ambil gambar orang berlari tetapi itulah yang sebaiknya bila kita menggunakan Aperture yang besar.
Saya mintak maaf, kalau saya menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar di sini, saya tak pandai nak mengarang dan kalau nak edit setiap patah perkataan supaya berbunga-bunga, bermadah pujangga, rasanya makan tahun nak siap. Bagi saya yang penting apa yang nak saya sampaikan, saya harap anda semua terutamanya orang yang baru berjinak-dengan dengan dunia fotografi ini faham dengan mudah dan kalau ada sebarang pertanyaan, boleh salurkan melalui ruangan komen yang disediakan. Saya akan edit balik entry blog ni dari masa ke masa tanpa lari dari tajuk asal. Tujuan edit tu supaya bahasanya tersusun sedikit, takdelah macam karangan budak sekolah rendah…
Selamat belajar…
15 Comments
Mashitah
saya suka entry ni… macam bro sedang bercerita dgn pembaca…
ilmu baru pada tips keempat…saya pun selalu merungut benda yang sama…
thanks bro.
matjoe
wahh terbaik laa entry ni. compact kamera biasa leh wat tak?
idor
chantek…good lesson bro
amy mahiza
terima kasih byk2… sy suke sgt.
Muhammad
salam bro. thx sudi share ilmu
che ai
baik sekali..TQ
Shut
Terima kasih bro.Mmg berguna.Sblum ni sy tnya org lain & sy cuma paham sket2 & sy aga konfius di sesetgah prkara.Then,sy baca yg ni mmg mantop! Pham pun.Setiap faktor memainkan peranan yg penting :))
Bro,nak tnya ni.Klaw x guna Photoshop tp guna GIMP software yg free tu boleh x? Utk adjust colour tu
Pingback:
jiji yue
assalamualaikum..nak tanya pasal fotografi ni..saya guna d90..kit lens je..105mm..so camne nak kasi bokeh lagi gaban ek…
ni contoh saya dah buat bokeh..buleh kasi pendapat tak…kritikan ke..
http://nesloo.blogspot.com/2011/10/apehal-gua-macam-sedikit-bizi-ini-hari.html
Wazari Wazir
@Jiji, Kalau nak Bokeh kita nampak menarik dengan lens tu tak susah sangat, pertama sekali pastikan kita gunakan Aperture yang paling besar. Kalau 105mm tu boleh bukak f/2.8, guna Aperture tu. Lagi satu pastikan peminlihan background yang agak menarik supaya hasil bokehnya juga menarik, colourful background will look great dan juga pastikan jarak antara background dengan sbjek agak jauh. Rasanya semua ni saya dah tulis dalam blog ni 🙂
liya
Tq bro..memang sangat2 berguna info ni untuk org2 macam saya yang baru nak berjinak2 dengan photography ni..
TQVM
lan
Bagus sesangat entri ni. Bahasa mudah faham. Gambar yg diambil sebagai contoh mmg tepat. Penerangan pun jitu. Senang citer, mmg mudah paham la. Tggal lagi nk test jer kat umah. TQ bro for sharing ilmu yg berguna ni. Sy budak baru belajar…
acai akuma
tips yg sgt2 bagus.. igtkn bru nk pinjam member punya 70-200 f2.8… sekali baca ni.. sgt2 membantu.. terima kasih WW…
len
Oosemm……..tiPs yg sGt2 brgune….! .mmG ni lah maselah sye stiap x…..
Nur Amirah
Terima kasih…senang faham