Adventure,  Culture,  Life,  Photoshop,  Portrait,  Travel

India | Catatan Perjalanan

Taj Mahal

© 2010 Wazari Wazir | Travel Photography | Taj Mahal | Agra | India

Apakah aku bermimpi? Itulah petanyaan yang sering saya tanyakan diri saya tatkala berhadapan dengan Taj Mahal, salah satu keajaiban dunia yang berjaya ku lihat dengan anak mata ku sendiri, sebelum ini hanya melihat gambaran Taj Mahal melaui kaca televisyen dan juga di majalah-majalah pelancungan dan juga majalah yang berkaitan dengan fotografi. Hinga kini, setelah lebih sebulan kembali ke tanah air, masih lagi terngiang-ngiang di telinga bunyi keretapi merentasi benua India yng cukup berwarna warni.

Kali ini biarlah saya coretkan catatan perjalanan saya dalam Bahasa Malaysia, Bahasa yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia secara umumnya, sebelum ini saya menulis dalam Bahasa Inggeris, walaupun saya kurang mahir dengan penggunaan Bahasa Inggeris tetapi saya usahakan juga demi untuk belajar, memang banyak kesilapan dari segi tatabahasa atau “grammar” kerana saya bukanlah orang yang terpelajar dalam bidang Bahasa Inggeris tetapi hanya seorang jurufoto yang lebih biasa bermain dengan kamera dari patah-patah perkataan. Tujuan saya ialah untuk berkomunikasi dengan lebih ramai orang, bukan hanya di Malaysia sahaja, harapan saya, walaupun bahasanya agak tunggang-langgang, tetapi saya amat berharap,  maklumatnya sampai.

Sebenarnya idea  perjalanan ke India ini ataupun pengembaraan ke India ini datang secara spontan, bukanlah dipilih secra teliti. Ada juga rakan-rakan yang mencadangkan supaya kami ke Indonesia, Bali sebagai contoh tapi saya kurang berminat kerana sudah ramai sangat yang ke sana dan saya ingin mencari kelainan dalam pengembaraan saya. Salah satu sebab mengapa orang kita berminat untuk ke Indonesia adalah kerana senang untuk berkomunikasi, selain harga tambang penerbangan yang agak murah, kalau nak travel tempat lain kena pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Negara yang hendak kita lawati itu, jadi dipendekkan cerita kami memilih India sebagai destinasi.

Kami, saya, Fuad dan Waja atau Ahmad Shukri membeli tiket pada Hari Raya Haji tahun 2009 iaitu bulan November, sebaik lepas sembahyang Hari Raya Haji, kami berjanji untuk berjumpa di Kuala Lumpur Sentral atau K.L Sentral untuk membeli tiket, kami memilih penerbangan MAS, Malaysia Airline System untuk ke New Delhi India kerana pada waktu itu Air Asia belum lagi memulakan perjalanannya secara terus ke New Delhi, jadi kami memilih MAS kerana ada penerbangan secara terus ke New Delhi dari Kuala Lumpur International Airport atau KLIA.

Kami berlima sebenarnya, cuma Azmi (rakan setugas/sepejabat) pada waktu itu bertugas di Trinidad and Tobago untuk liputan Perdana Menteri menghadiri sidang kemuncak Komanwel di sana. Seorang lagi group kami ke India adalah Azman Jumat, juga rakan setugas yang bekerja di Kota Kinabalu Sabah, Azman buat masa itu belum lagi “confirm” untuk mengikuti kami ke India. Jadi cuma kami bertiga sahaja yang membeli tiket di Kuanter MAS di K.L Sentral.

Dalam group kami bertiga cuma Fuad sahaja yang pernah ke India kerana mengikuti lawatan Perdana Menteri Ke India atas urusan kerja tetapi berhasrat untuk mengikuti perjalana kali ini kerana sewaktu bertugas di sana, dia tidak berkesempatan untuk ke Agra di mana terletaknya Taj Mahal, kalau ke India tapi tak ke Taj Mahal, seperti tidak lengkap perjalanan ke India.

Jumlah harga tiket yang kami bayar untuk pergi dan balik ialah RM1600++. Sebenarnya boleh dapat harga yang lebih murah dari tu tapi oleh kerana ada sesetengah dari kumpulan kami, termasuk saya sendiri yang teragak-agak untuk membeli tiket, maka harganya semakin naik, jadi kami pun beli jugalah tiket pada harga tersebut walaupun agak mahal kerana kalau ditangguhkan lagi maka sudah tentu bertambah lagi harganya, masa tu antara harga yang terendah yang boleh kami dapat kalau membeli seawal mungkin ialah RM1400++ tetapi disebabkan sikap, tunggu dan lihat maka harganya semakin naik. Moral of the story, jangan tanguh-tangguh.

MAS menyediakan perkhidmatan ke India setiap hari, maksudnya, setiap hari ada perjalanan ke India, jadi tidak susah untuk membuat tempahan, kami memilih tarikh 10 Jun 2010 untuk ke India. Perjalanan dari KLIA ialah jam 6:50 P.M dengan pesawat MH 190. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke New Delhi Indira Gandhi International Airport dari KLIA.

InsyaAllah saya akan sambung lagi kisah perjalanan saya, dalam “new post” yang akan datang, panjang sangat menulis, nanti orang bosan juga. Saya akan ceritakan mengapa saya memilih Rajasthan sebagai destinasi utama selain Taj Mahal dan saya akan kongsikan pengalaman menaiki keretapi di India dan serba sedikit pengalaman mengenai cara untuk membeli tiket keretapi di India, mudah-mudahan catatan pengalaman saya ini serba sedikit dapat dijadikan panduan untuk rakan-rakan yang berhajat untuk pergi ke Inida tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama, InsyaAllah akan saya kongsikan segalanya di blog saya ini dan sekiranya terdapat sebarang soalan, boleh gunakan ruangan komen di blog saya ini untuk bertanya, InsyaAllah sekiraya saya ada jawapannya saya akan kongsikan bersama.

*Mungkin anda berminat melihat Train Travel in India | Catatan Perjalanan II

I'm a Photographer and Travel Blogger...

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.